Sunday, January 15, 2012

smoking..is it cool?

oke,kali ni aku nk post something yg give benefit sikit..
ttibe aku rse nk post psl isu 'merokok'
bile first time aku mncelah dlm group SBP'94
ade sorang guy ni post status kt group wall..
smoking..is it cool?
hmm,ape pendapat korang psl isu ni?
kalau ikut fkta,rokok sngat2 lah mmbahayakan kesihatan
bukan orang yg hisap je malah melibatkn orang2 sekeliling
iaitu orang yg x bersalah langsung
ade jgk pendapat yg mengatakan rokok itu haram
kerana menyerupai jin yg mkn asap
wallahualam,,tp kmungkinan betul
sbb menghisap rokok tu mcm membunuh diri sendiri..
bukan ke membunuh diri tu haram disisi ISLAM



well,lelaki kalau x hisap rokok tak macho..
hmm,btol ke?
bg aku,kalau hisap rokok tu taklah macho..
hancurr adelah..
orang kate macho sbb x tkut mati..
bukan ke mengingati mati itu satu tuntutan dlm islam??
cube fikir balik..
knape korang nk pilih jalan yg membinasakan?
sedangkan Allah dah tunjukkan jalan yg baik??
patut ke rezeki yg Allah bg,gune utk merosakkan nikmat kesihatan yg tuhan dh bg?


hmm,ade yg balas balik..
"kau x cube sikit mne kau tahu..
cube try hisap.."
buat ape aku nk try hisap bnde yg mmbinasakan tu?
dah la perempuan yg ckp mcm tu kt aku..
ape nk jd zaman skarang,,
prmpuan pn dh brani nk hisap bnde tu..
patutlah smakin ramai bayi pra-matang yg dilahirkan..
ade yg x sempat nk hirup udara segar,dh meninggal
 oke,ni fakta yg aku dpt dr Ustaz Nor Amin:
Merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian. Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.


hmm,aku nk share crite member sorang ni.


situasi kt stesen minyak..
lelaki:dik,bg dunhill satu kotak..nk yg gmbar kaki or tangan,,tak nak yg gmbr baby.
penjual:okey

hahahah,rse nk gelak bile dgr dialog abg ni
mungkin die tak sanggup nk tgk gmbr baby or janin yg dah x brnyawa tu
or entah2 dia ade isteri yg mmg tgh mengandung?
tahu pun takut tp knape nk hisap jugak?
hmm,plik2..

by the way,hisap ckit pun tetap mmberi kburukan kt paru2 kite
hmm,aku ckp based on experient
abah aku bkn lah perokok tegar
bile kwn2 hulur je,bru abah aku hisap..
tp x lbih sebatang lahh.
nk dijadikan crite,suatu hari ni..
abah aku pg berbekam mse kami kt india
ni sbnarnye treatment utk hypertension(keluarkan darah kotor)
ttibe bdk tu trkejut tgk darah yg kluar kt bhgian paru2 tu pekat and kehitam-hitaman
die tnye abah aku"pkcik merokok ke"
abah aku jwb"kadang2 je"
well,itu bru ckit,x tgk lg darah orng yg hisap 20 batang rokok sehari tu?
so,pkir2lah sndiri..
kt mne tar2 yg korang hisap tu nk kluar..?
mstilah trkumpul kt paru2 tu..
takkan kluar ikut peluh or pencernaan kot?

KESAN BAHAN KIMIA TERHADAP KESIHATAN

NIKOTIN

Kesan Awal
  1. Menyempitkan saluran darah.
  2. Meningkatkan kadar denyutan jantung dan membuatkan jantung bekerja lebih kuat.
  3. Meningkatkan jumlah oksigen yang diperlukan oleh jantung.

Kesan Akhir
  1. Ketagihan.
  2. Meningkatkan tekanan darah.
  3. Menyebabkan darah membeku dengan mudah.
  4. Lebih cenderung kepada serangan jantung, strok/ulser usus dan perut.
TAR

Kesan Awal
  1. Nafas berbau.
  2. Gigi menjadi kuning.
  3. Pakaian, rumah, dan tempat kerja berbau asap.

Kesan akhir
  1. Barah paru-paru.
  2. Emfisima (kesukaran bernafas).
  3. Lain-lain penyakit barah
KARBON MONOKSIDA

Kesan awal
  1. Mengurangkan oksigen dalam darah.
  2. Kekurangan oksigen dalam darah, yang menyebabkan nafas menjadi pendek.
  3. Kurang stamina.
  4. Kurang oksigen untuk janin.
Kesan akhir
  1. Meningkatkan peluang mendapat atherosclerosis (mengecilkan dan menyekat saluran darah).
  2. Memusnahkan saluran darah dan membawa kepada penyakit saluran darah, penyakit jantung, dan penyakit paru-paru
ANCAMAN ROKOK TERHADAP ORANG SEKELILING

Wanita
  1. Kelahiran bayi kurang berat badan dan tidak cukup bulan.
  2. Lebih terdedah kepada kanser.
  3. Kurang kesuburan.
  4. Putus haid awal.
  5. Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan.
Kanak-kanak
  1. Mudah mendapat penyakit lelah.
  2. Mendapat jangkitan paru-paru.
  3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu.
  4. Orang dewasa merokok menjadi contoh yang buruk kepada kanak-kanak.
    

*****


Jagalah sebaik-baiknya apa yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita. Allah cipta elok-elok, bukan untuk dirosakkan, hanya kerana mengikut hawa nafsu

mmglah remaja tu ade rse ingin tahu..
tp bukan mncube sesuatu yg membinasakan..:))
sekian dari aku yg prihatin..=-='










1 comment:

famous+gorgeous!

gorgeous♥